Saturday, February 11, 2012

Perlu ke kita sambut Valentine's day???

Assalamualaikum semua....
selamat malam ya... aku tuli sblog ni malam so selamat malam la...
hahahahaha.....
Perlu ke kita sambut Valentine's day???
Tak perlu kot.. sebab salah kan???

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud,“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.
Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

Saturday, January 07, 2012

Friday, January 06, 2012

TERHALANG...

Salam Jumaat semua. menulis lagi aku hari ni... Segala rancangan aku sia2 je. Sedih betol hati aku ni. aku bukannya nak buat jahat.. benda baik pun. Sampai hati dorang kan menghalang??? Selama ini aku sentiasa ikot cakap dorang. xpernah bantah. aku mintak satu tu. Demi kebahagiaan aku je.. Aku kecewa sangat2. Sampai hati dorang. agaknya dorang suka tengok aku menderita agaknya. kalau itu yang dorang nak. baiklah aku akan menderita. bukan aku xnak dengar cakap tapi ini yang aku dapat setelah ikot cakap dorang selama ni. Dalam hidup aku tak pernah membantah cakap dorang. hanya kali ni je. Lepas ada orng lain masuk campur lak.. xpernah berlaku dalam family konon. padahal dia pun sama. 2x5 je.. aku bukan pentingkan diri sendiri.. aku hanya nak bahagia je... tolongla lepaskan aku... ini ke yang aku dapat setelah aku setia selama ni... kenapa?? apa yang berlaku kelak bia aku yang tanggung... aku takkan susahkan hidup korang lagi... aku bukannya nak wat jahat... sebab 'STATUS' je... adoyai.. bukan leh bawak masuk kubur pun... ADOI!!!! sedar2 la wei.. kang cakap macam2 terasa lak... macam mana aku nak hormat korang kalo korang tak hormat aku.. nak takut watpe??? takut org mengata... dah org ada mulut bialah dorang mengata. tak rugi pun... lainlah kalo orang mengata rugi duit seribu... wake up la... ni zaman moden la.. bukan zaman dulu kala.. dah nak kiamat pun... payah lak kalu dah berpelajaran mcm ni... xsalah pun semua tu... duk g jumpa bomoh n mengata kat orang, tak tahu malu plak... adoi.. ni zaman komputer la... tolongla sedar... benda gitu pun nak amik kira lagi ke...

aku tak tahu nak cakap apa lagi... memang ni dah nasib aku.. aku jeles tgk org lain.. bahagia tp kebahagian aku dirampas... sampai hati... kenapa aku dilahirkan kalu korang buat aku macam ni. kenapa tak bunuh je aku dulu.. tak boleh ke kembalikan kebahagiaan aku...tolonglah....

Thursday, December 15, 2011

AKU DAH BESAR...

Salam Khamis semua.. dah lama tak update blog aku neh.. agak bz sebenarnya dengan macam2 ada.. erm.. kelas, kelas n kelas... dah tanggungjawab aku tuk mengajar kan?? hari ni pun xde yang menarik.. skang ni aku tgh survei nak cari rumah.. nak cari bnk tuk wat loan.. ermmm.. banyak benda yang aku nak buat... nak kena simpan duit lagi.. ish byk2...

lagi berapa hari dah masuk tahun baru... 2012.. umur pun dah meningkat. tapi kan kenapa aku masih lagi tercari2 diri aku. macam tak boleh nak berdikari.. macam dikongkong pun ada gak.. padahal org lain buat hal sendiri. dah ada harta dah tp aku?? kadang2 aku pikir aku ni macam budak kecik lagi... walaupun tahun depan aku dah umur 28 tahun.. OMG dah tua dah tp kenapa aku rasa masih terikat.. macam betol2 kena ikat... aku terasa nak bebas macam org lain.. ada hidup sendiri.. kenapa semua ni terjadi pada aku... aku dah dewasa.. dah boleh pikir sendiri... aku macam xde hidup.. hidup aku diaturkan... xleh nak berdikari..

aku ni manusia biasa, nak bebas. bukan nak duk lam sangkar.. tolong la biarkan saya ngan hidup saya.. i need my own life... sy bukan budak2 lagi.. thats why kadang2 aku fikir aku sorang2 je kat dunia ni... hidup sorang2.. semua yang aku buat kena tentang... rasa xhilangkan diri pun ada.. bia xde sorang pun jumpa aku lagi.. aku dah besar.. bukan budak kecik lagi.. aku perlukan dorongan bukan larangan... aku sedih bila mengenangkan nasib aku ni... aku macam xdak sape2 lagi.. aku sorang2 je kat dunia ni.. macam anak tiri pun ada... xpernah aku rasa macam ni... perlu keaku menghilangkan diri???

kadang2 aku pun xpaham, kenapa orang suka bercakap pasal org lain... suka amik tahu pasal org lain?? diri sendiri tak terjaga nak jaga org lain? aku xpaham ngan manusia ni... apa yang bestnya jaga tepi kain org?? aku pun xpaham kenapa kita perlu dengar cakap org?? betol ke apa yg org cakap tu?? boleh bawak masuk kubur ke??dapat pahala ke?? kalo dapat PAHALA la kan... aku pun nak ckp pasal org len... tp?? hmmm.... aku pun xtahu.. mmg xdapat nk wat apa... mulut org kta tak boleh nak tutup.. yang penting sekarang ni... jaga diri kita sendiri.. bia apa org nak kata.. bukan wat salah pun.. yang penting kta jgn jaga tepi kain org... tu yang penting...

aku ni pun manusia biasa je..sering melakukan kesalahan. kadang2 xsedar wat org sedih.. wat org terasa hati. so sekarang ni aku nak mintak maaf kepada semua yang kenal aku... aku nak mohon ampun nak maaf kepada semua yang mengenali aku... sekiranya terdapat salah dan kata.. sila maafkan aku... i'm sori for everything.. andai kata aku masih hidup kay DUnia ni.. akan kucoretkan lagi dlm blog ni...

terima kasih semua...
Assalamualaikum w.b.t

Friday, November 11, 2011

11.11.11

salam Jumaat semua...
Cantek sunggoh tarikh hari ni kan? dan sungguh bersesuaian dengan hari Jumaat...
hari ni perasaan aku bercampor gaul...
aku pun tak tahu rasa.. nak nangis pun ada, nak gelak pun ada, nak gila pun ada...
jgn2 aku meme nk gile dah kot...
pape pun aku nak happy2 je.. x nak sedih2..
hari ni hari yang mulia


Thursday, November 10, 2011

Terima Kasih Abah....

Salam Khamis semua.... 
hari ni aku sungguh sedih. samapai hati dia sedihkan aku... dahla aku kat opis. nak nangis tak boleh. dahla kat umah pun dah nangis sampai bengkak mata... nasib baik ada Abah yang memahami. Hari selasa hari tu.. dia balik dri opis dia tya aku, ARE U OKAY??? ermmmm.... ada gak dia tya aku ok ke tak?? Terima kasih ABAH... aku bertuah ada abah macam abah.. TERIMA KASIH ABAH... 

berbalik kepada hari ni... skang jam 18.54. dengan tak mandi ( hahahahahaha ) aku mencoret dan merepek kat blog aku yg serba kekurangan ni... aku rasa cam nak mati je... berdosa pulak pikir macam tu... xde guna hidup kalo dah gini... ya Allah hya Tuhan je yang tahu PERASAAN aku sekarang ni... betapa sedihnya hati aku bila org yang aku sayang, org yg aku amat sgt HORMAT buat aku mcm ni.. nmpak sgt aku ni jahat... Ya Allah berdosakah aku... mmg aku byk sgt DOSA... 

Sesungguhnya aku rasa sedih sgt2... sampai hati kan dia wat aku gitu. selama ni aku ikot je ckp dia. tpi.... aku xleh nk tulis pape dah.. SEDIH GILER ni.... Ya Allah aku berdoa padamu bukakan PINTU HATINYA... SEDIH... SEDIH... SEDIH... ABAH kaklong SEDIH st2....



Saturday, November 05, 2011

Ku Mohon Padamu Ya Allah....

Salam Aidil Adha semua...
aku dah sampai kg jam 6.30 ptg td... Alhamdulillah, syukur.
tp aku sedih sgt2.. coz apa yg aku rancang x akan jdi..
Sedih sgt2.. selama ni aku dengar je ckp dia.. tak pernah bangkang pun...
aku sentiasa ikot... tp apa aku dapat??? sedih nya..
aku mintak satu je... tp itu pun dia xboleh nak bagi.. alasan dia malu?? ermmm...
aku sedih sgt2.. rasa mcm nak mati je ni...
aku menangis.. rasa sedih sgt2.. smpai hati dia buat aku mcm ni...
Ya Allah aku mohon kepadamu... bukalah pintu hati dia untuk menerima segalanya..
Aku berdoa padamu Ya Allah.. bantulah Hamba mu ini...
sedihnya.. hanya Tuhan je yg tahu perasaan aku ni.....
aku x dapat nk tulis dah.. coz sebak sgt2...
Selamat Malam semua....
Semoga Raya kali ni best2....
Selamat Tinggal ya...